Friday, September 18

”Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian Anggota Keselamatan Patut Dipertimbangkan Hukuman Mati”- Dr. MAZA

Satu hukuman yang teramat berat perlu dijatuhkan ke atas individu yang menyebabkan kecederaan atau kematian anggota keselamatan ketika bertugas menjaga kepentingan awam di jalan raya.

Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) dipercayai mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan kes kematian seorang anggota polis, Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail yang terkorban akibat dirempuh oleh pemandu disyaki mabuk, baru-baru ini.

“Arak ternyata telah memusnah banyak nyawa dan harta.

“Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian anggota keselamatan patut dipertimbangkan untuk hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebat.

“Tiada alasan untuk meringankan hukuman.

“Jika dibiarkan, nyawa insan-insan yang sedang berbakti kepada negara dengan mudah diragut oleh ‘kaki mabuk’,” jelasnya menerusi satu kenyataan di Facebook, semalam.

Sumber: Facebook