Categories: Gaya HidupSemasa

Perkara Penting Ibu Bapa Perlu Tahu Dalam Persediaan Makanan Bayi 6 Bulan

Majoriti ibu bapa terlalu teruja apabila si kecil mula boleh makan pada usia 6 bulan. Dalam fasa ini ibu bapa harus lebih peka dengan makanan yang diberi supaya tidak mendatangkan mudarat kepada bayi.

Menyuap pelbagai makanan termasuk buah-buahan dan sayuran juga boleh mendatangkan alahan kepada bayi kerana kemungkinan tidak bersesuaian dengan kandungan makanan tersebut.

Menerusi perkongsian Dr  Ahmad Luqman Bukhari di laman Facebook, beliau berkongsi mengenai beberapa tips untuk ibu bapa perlu tahu ketika memperkenalkan makanan kepada bayi. Semoga bermanfaat.

Aduh! Saya tahu ada mak ayah yang excited habis nak ajar baby makan bila dia masuk umur 6 bulan tapi tolonglah jangan tergesa-gesa sangat.

Seram bila tengok segala jenis buah dan sayur nak disuapnya terus kat budak tu.

Bila suap macam-macam makanan sekaligus, kita takut tak sempat nak detect kalau-kalau baby tak serasi dan ada alahan dengan makanan tu.

Nanti tiba-tiba je kulit budak tu naik ruam dan gatal-gatal. Ada yang sampai mata, bibir atau lidah membengkak, muntah-muntah dan kadangkala menangis teruk langsung tak dapat dipujuk.

Malangnya kita pun tak pasti dia alah dengan apa sebab dah banyak jenis makanan diberi sekaligus.

Sebab tu bila nak perkenalkan makanan kat bayi kita, ada beberapa benda penting ni yang mak ayah kena tahu:

Masa umur baby 6-8 bulan, tu sebenarnya ialah tempoh transition dari susu ke makanan pelengkap. Kita nak bagi baby kenal rasa dan tekstur makanan selain susu.

Bukan nak bagi kenyang tau. Baby masih lagi perlukan susu ibu sebagai makanan utama.

Guna teknik 4 days rule. Kita kenalkan satu jenis makanan je pada bayi selama 4 hari berturut-turut.

Mudah kita nak kesan takut-takut makanan tu belum serasi dengan perut si comel sampai dia sembelit atau ada alahan hingga timbul tanda-tanda allergy macam yang saya ceritakan tadi.

Tak apa je kita bagi baby bubur nasi yang tawar, puri sayuran hijau yang ada rasa pahit serta puri buah yang ada rasa manis dan masam.

Tapi jangan sekali-kali campurkan dengan garam atau gula dalam makanan tu sebab kesian makanan dia tawar dan pahit. Kita tak nak baby kita besar nanti jadi anak yang memilih makanan.

Usah risau kalau baby tak nak makan banyak masa peringkat ni. Sebenarnya 1-2 sudu besar tu pun dah cukup bagus.

Mana yang tengah bersiap tunggu kelahiran cahaya mata tu pun, dah boleh mula belajar ilmu nak bagi anak makan ni tau. Nanti bila sampai masanya tak adalah kita terbuat silap.

Bantu saya #sebarkan info ni ya, harapnya lebih ramai pasangan yang akan dapat manfaat dari ilmu ni.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Jemput follow FB saya dan set See First supaya mak ayah tak terlepas tips/ilmu/info penting untuk perkembangan anak anak.

#notaDrALB

Sumber: Dr. Ahmad Luqman Bukhari
bhh

Share
Published by
bhh

Recent Posts

Muhyiddin Gesa NAM Bantu Negara-Negara kecil Perangi COVID-19

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menggesa Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) membantu negara-negara…

9 months ago

Anak Tunggu Makanan, Wanita Di Kenya Terpaksa Pura-Pura Masak Batu Hingga Anaknya Tertidur

Ibu daripada 8 orang anak memasak batu kononnya menggantikan makanan dengan harapan mereka akan tertidur…

9 months ago

“Saya Takkan Main Telefon Semasa Cas Lagi,” Gadis Gemas ‘Handphone’ Meletup Di Sebelahnya

Telefon bimbit sememangnya merupakan peralatan yang agak penting dalam kehidupan seharian kita. Mana tidaknya, pelbagai…

9 months ago

Pembukaan Semula Sempadan: Singapura Mungkin Bermula Secara Kecil Dan Selektif

Bagi pembukaan semula mana-mana sempadannya, Singapura mungkin akan bermula secara kecil dan selektif, demikian menurut…

9 months ago

Pemakaian Penutup Hidung Dan Mulut Amat Digalakkan Di Kawasan Awam Dan Sesak – KKM

Pemakaian penutup hidung dan mulut sangat digalakkan dalam kalangan rakyat terutama bagi mereka yang berada di…

9 months ago

Lahir Dalam Keluarga Penuh Seni, Gadis Ambil Masa 9 Tahun Dalami Ilmu Lukisan

Bukan mudah untuk mengetahui minat sebenar dalam diri masing-masing. Setiap orang mempunyai pelbagai potensi yang…

9 months ago