Sunday, May 31

PKPB: Laporkan Pengingkaran SOP Kepada Balai Polis, Pihak Berkuasa Tempatan -Menteri

Putrajaya, 4 Mei -Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai yang melihat pengingkaran prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Saya menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu kerajaan memastikan pematuhan PKPB atau PKP 5 ini,” katanya dalam sidang media tadi.

“Oleh itu, tuan-tuan yang nampak dengan jelas pengingkaran pematuhan SOP tersebut boleh melaporkan kepada balai polis berdekatan, pejabat PBT, Majlis Daerah, Majlis Pembandaran.

Orang ramai juga boleh mengadu di hotline Majlis Keselamatan Negara (MKN), 8888-2010 ataupun melalui MyGCC, 8000-8000 yang beroperasi 24 jam.

“Dalam masa sama, jika berkaitan dengan kementerian tertentu, boleh terus laporkan ke hotline kementerian-kementerian berkaitan,” kata beliau.

Beliau turut menggalakkan orang ramai menghantar gambar atau video sebagai bukti ketika membuat aduan.

Ucapan mengenai aduan PKPB bermula pada minit 21:09.

Sumber: RTM