Friday, September 18

Rumah Terbakar 10 Beranak Tinggal Sehelai Sepinggang

Sebuah keluarga di Dungun, Terengganu ditimpa malang apabila rumah yang mereka duduki hangus terbakar. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Padang Jambu, Dungun petang tadi.

Menerusi perkongsian di Facebook, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu  memaklumkan bahawa Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Terengganu menerima maklumat tentang kebakaran tersebut jam 4.04 petang tadi.

Sebanyak 17 anggota bomba yang terlibat untuk memadamkan kebakaran tersebut, diketuai oleh komander operasi PPgB Mohd Aidil Khairim bin Abdul Wahab.

“Anggota Bomba bertindak memadamkan kebakaran tersebut hingga padam sepenuhnya dan seterusnya memastikan tiada lagi punca api di tempat kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.” kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu