Monday, July 13

Sahabat Maut Dalam Kemalangan, Puluhan “Runner” Foodpanda Iringi Jenazah Hingga Ke Liang Lahad

Sering kali kita mendengar tentang kes kematian akibat nahas kemalangan jalan raya melibatkan penghantar makanan (rider).

Sama ada ia berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya yang lain mahupun rider itu sendiri, pastinya kemalangan tersebut akan meninggalkan kesan buruk yang berpanjangan.

Baru-baru ini, berlaku satu kejadian tragis melibatkan seorang rider Foodpanda yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan  raya yang dipercayai berlaku di Selangor.

Namun, di sebalik berita kematiannya, ada cerita lain yang lebih menghayat hati untuk kita dalami.

Kisah tersebut dikongsikan oleh halaman Facebook ‘Mr Wan Chai Official’ hari ini.

Mari kita hayati kisah benar tersebut.

Gambar: Facebook

Kes kematian yang tidak sempat saya update melibatkan runner Foodpanda..

Sebelum ini kami pernah uruskan jenazah runner grab food..

Kali ini jenazah runner food panda..

Jenazah runner food panda tersebut bernama arwah Muhammad Zaim bin Azman..

Berumur 21 tahun..

Ketika urus jenazah ini tadi kami juga sedang menguruskan jenazah warga Indonesia..

Oleh kerana main power tidak cukup petang tadi kes kematian berkaitan runner Foodpanda ini tidak sempat saya post dalam page..

Selesai solat terawih baru saya berkesempatan untuk kongsikan kepada anda..

Petang tadi kami terpaksa berpecah kepada 3 team..

Sudah la rakan rakan yang bertugas tidak ramai..

Masing masing rakan saya sibuk berkerja menunaikan tanggungjawab mencari rezeki..

Jadi keadaan agak sedikit kalut apabila 2 kes kematian datang serentak..

Dengan nak edar makanan dan minuman untuk berbuka kepada golongan sasaran lagi..

Jadi oleh kerana tidak ramai yang bertugas saya pecahkan tiga team untuk membahagi tugas..

Satu team urus jenazah runner Foodpanda..

Satu team lagi urus jenazah warga Indonesia..

Manakala team ketiga di beri tugasan untuk bantu edar makanan dan minuman berbuka puasa untuk 50 orang golongan sasaran..

Walaupun agak terkejar kejar dengan 3 tugasan serentak tetapi semua tugasan yang di pikul dapat dilaksanakan sebaik mungkin..

Berbalik tentang kes Foodpanda tadi..

Arwah terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan untuk menghantar makanan ke jalan Meru..

Setiba di jalan yang di lalui oleh arwah..

Ada satu kereta yang hendak keluar dari simpang di jalan utama yang di lalui oleh arwah..

Kebetulan di bahu jalan yang sama ada sebuah lori sampah yang di letakkan kerana mengalami kerosakan..

Oleh kerana terlindung pandangan di sebab kan lori sampah tersebut..

Pemandu kereta itu terus keluar dari simpang dan ketika itu lah arwah melanggar motosikal yang sedang di tunggang oleh arwah di laluan utama..

Arwah pula mungkin tidak nampak kereta yang hendak keluar dari simpang tersebut kerana terlindung dengan lori yang di letakkan di bahu jalan..

Motor yang arwah pandu terus berlanggar dengan kereta yang sudah pun keluar dari simpang tersebut..

Lebih menyedihkan lagi apabila arwah terus meninggal dunia selepas kemalangan itu berlaku..

Dari apa yang dikongsikan oleh rakan rakan Foodpanda..

Sebelum ini arwah hanya menjadi runner untuk di sekitar Kuala Selangor..

Oleh kerana kurang pelanggan arwah telah pergi jauh dari kawasan tempat biasa dari beroperasi..

Arwah memilih sekitar Setia Alam, Meru dan kawasan berdekatan kerana di situ tempahan untuk menghantar makanan lebih banyak..

Kalau di ikutkan kuala selangor ke Setia Alam perjalanan agak jauh..

Sekitar 30 ke 40 minit saya anggarkan..

Tetapi demi untuk mencari rezeki..

Arwah sanggup merentasi jalan berpuluh kilometer pergi dan balik semata mata untuk menambah pendapatan di bulan Ramadhan..

Namun pada pendapat saya..

Apa yang berlaku di hari terakhir sebelum arwah meninggal dunia..

Itu hanya lah asbab kepada kematiannya..

Sewaktu van UKVJ-02 tiba di kawasan Tanjung Karang..

Kelihatan puluhan motor dengan memakai baju Foodpanda sedang menunggu ketibaan jenazah rakan seperjuangan mereka..

Sebagai tanda hormat mengiringi perjalanan terakhir kepada jenazah rakan mereka itu..

Jelas terpancar semangat brotherhood sebagai runner Foodpanda..

Gambar: Facebook

Mereka iring dari Kuala Selangor sehingga ke Tanah Perkuburan Islam Parit 9 Baroh, Kariah Masjid As Saidiah, Pasir Panjang, Sekinchan..

Ketika jenazah melalui proses mandi dan kafan di bilik wakaf..

Ada kesan kecederaan di kaki arwah..

Kaki kiri arwah patah akibat dari perlanggaran kuat dengan kereta tersebut..

Tetapi kesan hentakan kuat di kepala saya rasa menjadi punca kepada kematiannya..

Gambar: Facebook

Jenazah arwah juga telah melalui proses bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar arwah meninggal dunia..

Malah kes kemalangan tersebut sedang dalam siasatan pihak polis..

Harapnya kematian arwah yang juga anak harapan kepada keluarganya mendapat pembelaan..

Kepada anda jika menggunakan khidmat runner tidak kisah runner apa sekalipun..

Nasihat saya jangan terlalu berkira dengan caj yang perlu anda bayar kepada seorang runner..

Mereka mencari rezeki dengan pertaruhkan nyawa mereka sendiri..

Rezeki mereka di berada di atas jalan..

Gambar: Facebook

Kalau caj yang di terima oleh mereka jangan terlalu berkira..

Beri lah lebih duit itu dan anggap ianya sebagai sedekah..

“Ini kerana sedekah tidak akan membuatkan kita jatuh miskin”

Salam takziah buat ahli keluarga..

Mari lah kita sedekah kan al-fatihah buat arwah Muhammad Zaim Bin Azman..

Al-fatihah!

Sumber: Facebook