Telefon bimbit sememangnya merupakan peralatan yang agak penting dalam kehidupan seharian kita. Mana tidaknya, pelbagai urusan dapat diselesaikan dengan hanya satu ‘klik’ sahaja.
Malahan, ada yang menggunakan telefon bimbit khususnya telefon pintar sebagai alat untuk menjana pendapatan mereka. Disebabkan itu, penggunaannya dalam sehari pastinya akan menyebabkan bateri telefon itu sering kehabisan.
Justeru daripada itu, ramai di antara kita yang sering mengecas sambil menggunakannya dalam masa yang sama. Walaupun kadang-kadang mungkin kita terpaksa mengecas sambil menggunakannya, namun perkara tersebut jikalau boleh perlulah dijauhkan.
Dalam satu perkongsian seorang warganet bernama @farishafadzleen di Twitter, dia mendakwa bahawa telefon bimbit milik datuknya telah meletup semasa sedang dicaskan.






