Sunday, May 31

Setiausahan Neagara Amerika Dakwa Koronavirus Bermula Dari Makmal Di China

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo mendakwa terdapat bukti kukuh penularan koronavirus bermula dari sebuah makmal di China.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mengemukakan bukti yang didakwanya, lapor The Guardian.

Dalam temu bual bersama sebuah stesen TV global, Pompeo berkata, Amerika Syarikat telah meneliti sebarang kemungkinan virus itu datang dari sebuah makmal di Wuhan, China.

“Ada bukti kukuh bahawa di situlah ia bermula,” katanya pada Ahad lalu. Tambah Mike, “Saya boleh beritahu anda, bahawa ada jumlah bukti yang signifikan menyatakan ia datang dari makmal di Wuhan.”

“Lihat, pakar-pakar terbaik setakat ini berfikir bahawa ia adalah ciptaan manusia. Saya tidak ada sebab untuk tidak percaya,” katanya.

Namun, dakwaannya bercanggah apabila bersetuju dengan kenyataan badan perisikan AS yang mengatakan virus itu bukanlah buatan manusia, lapor The Guardian.

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump membuat dakwaan yang serupa pada Khamis lalu, menyatakan terdapat bukti virus itu datang dari makmal di Wuhan, namun tidak dibenarkan untuk berkongsi bukti terbabit.

Setakat ini, AS menjadi negara paling ramai dijangkiti COVID-19 dengan lebih 1.18 juta kes serta 68,598 kematian.

Lebih 245,000 mangsa meninggal dunia dari lebih 3.5 juta kes setakat ini secara global.

Sumber: The Guardian, Worldometer