Sunday, May 31

Singapura Benarkan Pemakaian Pelindung Muka Jika Keluar Rumah

Kementerian Kesihatan di Singapura mengumumkan bahawa rakyatnya yang keluar dari rumah dalam tempoh ‘lockdown’ ini boleh memakai salah satu daripada jenis topeng muka berikut yang menawarkan perlindungan asas yang mencukupi.

  • Topeng yang boleh digunakan semula
  • Topeng DIY
  • Pelindung muka plastik

Walau bagaimanapun, mereka harus memakain pelindung plastik dengan penutup mulut.

Kementerian negara itu juga menyatakan bahawa ‘surgical mask’ harus digunakan sebaiknya khusus buat mereka yang sangat memerlukannya, seperti pekerja kesihatan, memandangkan Singapura kekurangan topeng jenis itu.

Pada awal April, jurutera dari Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) telah tampil dengan rekaan pelindung muka untuk digunakan oleh pekerja barisan hadapan ketika mereka bertugas.

Sumber: Mothership.SG