Saturday, August 15

‘Super Brand Day’ MYDIN Di Shopee Membawakan Tawaran Raya Istimewa Dan Peraduan Belanja & Menang

SUBANG JAYA, 30 April 2020: Dalam menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menawarkan pelbagai penjimatan kepada rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Raya secara bersederhana namun tetap penuh makna melalui acara Super Brand Day (SBD) di platform e-dagang, Shopee. Kempen yang berlangsung  selama lima hari bermula dari 4 hingga 8 Mei, dengan SBD pada 6 Mei, bakal menyaksikan tawaran menarik pelbagai produk serta peraduan yang harus direbut.

Sebagai rangkaian pemborong dan peruncit tempatan, MYDIN menjadi pusat sehenti dengan menawarkan rakyat Malaysia pengalaman membeli-belah yang selamat dan selesa bagi mendapatkan barangan keperluan.Pelanggan boleh melakukan pembelian secara dalam talian demi mengelakkan penyebaran COVID-19 terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

MYDIN kini menawarkan lebih daripada 9,000 produk di Shopee, para pengguna boleh mendapatkan pelbagai pilihan barangan seperti kelengkapan rumah, makanan ringan, produk penjagaan diri dan pelbagai lagi.

Menjelang sambutan Syawal, MYDIN sering menjadi pusat tumpuan pelanggan bagi mendapatkan barangan keperluan raya seperti Baju Kurung, Baju Melayu, biskut raya, serta perhiasan rumah seperti lampu hiasan, balang kuih dan juga langsir. Istimewa sepanjang tempoh SBD ini, para pengguna boleh menikmati pelbagai barangan dengan Jaminan Harga Terendah pada hanya di bawah harga RM10 dan bundleBuy More Save More” untuk membantu mereka supaya lebih berjimat.

Raikan Aidilfitri ini dengan koleksi istimewa pakaian raya terkini daripada koleksi Mikhail, Mikayla dan Ejen Ali 2020. Disamping itu, kekalkan tradisi membuat biskut raya yang enak di rumah dengan mendapatkan keperluan masakan dan bahan membuat kuih daripada MYDIN.

Sepanjang tempoh SBD ini, para pengguna berpeluang memenangi hadiah hebat melalui peraduan Belanja & Menang. Dengan berbelanja minimum RM70 di kedai rasmi MYDIN untuk menyertai pertandingan tersebut, Pemenang Bertuah Harian akan membawa pulang hadiah termasuk TV LED HD Penuh 40 inci XMA bernilai RM799 dan baucar tunai hingga RM2, 000.Selain itu, pengguna yang berbelanja minimum RM70 dengan tambahan bundle Mamee Mr Potato sebanyak 3 tin pada harga RM10 pula berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa sebuah iPad jenama Apple bernilai RM1,499 berserta baucar tunai bernilai RM2,000.

“Di MYDIN, kami amat memahami situasi sukar yang dihadapi sekarang dan sentiasa tampil ke hadapan untuk membantu pelanggan dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dan keperluan raya pada nilai yang berpatutan.”

“Kerjasama dengan Shopee ini juga merupakan inisiatif bagi menggalakkan orang ramai agar mematuhi seruan kerajaan untuk duduk di rumah. Mereka kini boleh mendapatkan barangan keperluan secara dalam talian dengan mudah dan cepat,” kata Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN.

Sebagai usaha memberi balik kepada masyarakat, kempen Tabung MYDIN Prihatin turut digerakkan bagi membantu golongan yang memerlukan. Untuk setiap pembelian produk jenama MYDIN sendiri seperti MyRasa dan My Home, sebahagian daripada kutipan jualan akan disalurkan kepada Tabung MYDIN Prihatin. Hasil dana tabung tersebut akan disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik pada sepanjang tahun.

“Kami harap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban dan mengukir senyuman mereka yang kurang bernasib baik,” tambah Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin.

Tawaran menarik dari MYDIN ini boleh didapati di https://shopee.com.my/m/super-brand-day