Friday, September 18

Taska Dibenar Beroperasi, Ini SOP Yang Perlu Dipatuhi

Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 1 Mei 2020 berkaitan kebenaran bagi sektor awam untuk mula beroperasi mulai 4 Mei 2020, adalah dimaklumkan bahawa Taska akan terus beroperasi sepertimana pelaksanaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terdahulu untuk tempoh PKP Fasa 4 ini yang bermula pada 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020.

Pihak pengurusan taska perlu mematuhi beberapa prosedur ketat seperti yang dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menangani penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut garis panduan yang telah dimaklumkan, pengusaha dan kakitangan taska perlu disahkan bebas Covid-19 manakala premis haruslah dibersihkan dan dinyah kuman sebelum premis mula beroperasi. Dibawah adalah beberapa prosedur yang perlu pihak Taska patuhi.

Sumber:  BERNAMA