Friday, September 18

“Tiada Lagi 10KM Radius Perjalanan, Namun Rentas Negeri Masih Belum Dibenarkan” – Ismail Sabri

Sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 14 April lalu menetapkan had perjalanan individu yang keluar rumah dibenarkan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman.

Menurut peraturan itu, yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), individu tersebut juga tidak boleh disertai orang lain kecuali dengan alasan munasabah.

Walau bagaimanapun, terbaru melalui sidang media harian hari ini oleh Menteri Pertahanan, Ismail Sabri memaklumkan bahawa tiada lagi peraturan itu dalam tempoh PKPB ini.

Pun begitu, dalam masa yang sama beliau memberitahu, perjalanan rentas negeri masih belum dibenarkan.