Saturday, August 15

(Video) Foto Orang Ramai Berbaris Di Kedai Pajak Gadai Undang Sebak Ramai

Selepas kerajaan melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) setelah 46 hari melaksanakan langkah pencegahan tersebut untuk membendung wabak pandemik Covid-19, orang ramai mula dilihat keluar dari rumah untuk menjalankan urusan harian mereka.

Namun begitu, terdapat beberapa foto yang berlegar di media sosial yang memaparkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai. Perkara tersebut telah menimbulkan beberapa pandangan orang ramai mengenai nasib mereka yang berbaris itu. Apa tidaknya, ada yang berpendapat bahawa berkemungkinan mereka itu memerlukan wang untuk menyara kehidupan.

Menjengah ke laman Twitter, terdapat beberapa warganet yang berkongsikan suasana di pelbagai tempat yang menunjukkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai.

Perkongsian warganet kebanyakannya telah mengundang pelbagai reaksi sedih.

Bagi sesetengah daripada kita, PKP ini mungkin tidak banyak memberi kesan daripada segi kewangan kepada kita kerana ada sebahagian majikan yang membenarkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah dan secara tidak langsung, gaji tidak dipotong dan dibekukan.

Namun bagi mereka yang bekerja sendiri dan mengharapkan gaji harian pula, mata pencarian mereka ini mungkin telah terganggu berikutan daripada pelaksanaan PKP yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020.

Disebabkan oleh itu, hari ini di media sosial dapat dilihat dibanjiri dengan foto anggapan warganet berkenaan orang ramai yang dikatakan terkesan dan memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

Mungkin ada diantara mereka ini yang terpaksa menggadai barang kemas pusaka mahupun barang kemas hasil hantaran daripada perkahwinan mereka. Pun begitu, perkara tersebut tidak dapat dipastikan. Ini kerana mungkin juga ada diantara mereka yang mahu menebus barang kemas dan bukanlah memajaknya.

Sehubungan dengan itu, kita sentiasalah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan dan marilah kita bersama-sama berdoa agar wabak virus yang diturunkan ini dapat berakhir dalam masa yang singkat supaya orang ramai yang berada dalam kesusahan susulan daripada penularan wabak virus ini dapat mencari rezeki semula demi meneruskan kelangsungan hidup.

Sumber: Twitter