Sunday, May 31

(Video) Pekan Sunyi Sepi Kerana “Lockdown”, Biri-Biri Dilapor ‘Berkonvoi’ Di Jalan Raya Di Turki

Segerombolan besar biri-biri memenuhi jalanan di sebuah bandar di Turki. Video detik ‘penjajahan’ tersebut telah dimuatnaik seorang wartawan Turki, Ragip Soylu di laman sosial miliknya.

Menurut Ragip, gerombolan itu telah memasuki bandar Samsun, bandar yang terletak di semenanjung utara negara terbabit dengan populasi 1.4 juta penduduk.

“Segerombolan biri-biri ‘menjajah’ bandar Samsun, Turki malam tadi ketika perintah berkurung,” tulisnya.

Video tersebut telah mendapat lebih 17.8 ribu tanda suka serta lebih 5.9 ribu ulang kicau. Rata-rata netizen turut terhibur melihat peristiwa tersebut.

Tengok biri-biri tu, seekor pun tak pakai topeng muka

Kebangkitan haiwan bermula..

Sekurang-kurangnya penduduk Samsun tak ada masalah nak tidur

“Mereka cuma nak membantu semua orang tidur dengan ada sesuatu untuk dikira.”

#DendamBiri-Biri

Sumber: Ragip Soylu