Saturday, August 15

(Video) Ustaz Ebit Santuni Banduan Akhir, ‘Haji’ Menangis Saat Doakan Kebaikan Untuk Keluarga & Bekas Isterinya

Baru-baru ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ada ziarah ke Penjara Kajang untuk memberi sumbangan tiga buah mesin basuh berkapasiti 25 kilogram bagi kegunaan para banduan di sana.

Dalam masa sama, beliau turut berpeluang menyantuni banduan-banduan secara berdepan dengan keizinan dan pengawasan pihak penjara.

Coretan kisah ziarahnya hari itu boleh dibaca di sini.

Hari ini, Ustaz Ebit Lew memuat naik video penuhnya mengenai ziarah tersebut di Facebooknya.

Melangkah ke sel banduan akhir. Jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang.

Dapat jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang buat hati ini menangis. Baru mula beri sedikit nasihat dan doa semua menangis teresak-esak tadi. Masa cerita perjuangan Nabi saw dan keluarga. Sebut tentang mak ayah.

Mereka semua kenal saya. Happy sangat mereka. Menangis semua terharu. Muka semua bersih je. Dahi hitam-hitam. Sujud atas sejadah dan simen agaknya. Tapi air mata mereka saya rasa macam mutiara. Sebak tengok mereka menangis. Kita belum tahu nasib akhir kita. Hanya ampunan dan reda Allah yang kita harapkan.

Bagaimanapun video berdurasi enam minit 47 saat itu telah pun disunting di beberapa bahagian seperti mengaburkan wajah banduan untuk mengelakkan aib dan menjaga privasi peribadi.

Mari kita hayati video ini;

Jika dilihat berdasarkan rakaman tersebut, amat jelaslah bahawa kehadiran pendakwah ini amat disenangi oleh penghuni penjara, baik dari peringkat pengurusan sehinggalah para banduan, termasuklah banduan ‘akhir’.

Paling menyentuh hati apabila beliau menemubual seorang banduan bergelar ‘haji’ yang sudah lama terpisah daripada keluarganya.

Beliau sempat mengajar ‘haji’ itu sepotong doa untuk kesejahteraan diri dan keluarganya.

Semoga usaha Ustaz Ebit Lew ini menjadi contoh kepada kita semua untuk percaya pada qada’ dan qadar bahawa setiap manusia itu berpeluang dan boleh berubah jika Allah mengkehendakinya.

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew