Friday, September 18

Wanita Maut Jatuh Tebing 35 Meter Gara-Gara Tergelincir Ketika Ambil Gambar Rai ‘Lockdown’ Tamat

Seorang wanita dilaporkan maut apabila terjatuh dari ketinggian 115 kaki ketika sedang bergambar di hujung tebing di Duden Park, Turki.

Mangsa dikatakan terjatuh ketika sedang mengambil gambar sebagai meraikan tamatnya perintah berkurung (lockdown) COVID-19 di negara itu.

Sebelum kematiannya, mangsa dikenali sebagai Olesya bersama rakannya dilaporkan sedang bersiar-siar di kawasan tersebut yang terkenal dengan pemandangan serta air terjun yang cantik.

Selepas itu, Oleysa dikatakan telah memanjat pagar keselamatan untuk mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan air terjun dan tergelincir di atas rumput lalu terjatuh dari tebing yang tingginya 115 kaki (35 meter).

Rakan Oleysa kemudian menghubungi perkhidmatan kecemasan namun mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Polis Turki telah menyiasat kes tersebut dan mengesahkan bahawa kematian Olesya itu sebagai kemalangan. Olesya yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Antalya telah tinggal di bandar tersebut sejak lima tahun lepas.

Mayat Olesya akan dibawa dari Turki ke Kazakhstan pada hari Sabtu, dan akan dikebumikan di tempat kelahirannya di bandar Kostanay.

Sumber: The Sun UK